Monday, February 5, 2018

Mengapa anda perlu tebus balik emas yang digadai?

Anda perlu tebus balik emas yang digadai di ar-rahnu yang dimiliki oleh bank (contohnya ialah Bank Rakyat dan Agro Bank) untuk mengelakkan nama anda dimasukkan dalam senarai blacklist CCRIS.

Apabila nama anda dimasukkan dalam senarai blacklist CCRIS, ianya akan menyusahkan anda untuk mendapat pinjaman (loan) daripada bank di masa hadapan.

Langkah terbaik adalah memberikan peluang kepada kami untuk menolong anda dengan membayar kesemua gadaian atas nama anda. Dan tentu sekali akan ada juga lebihan untuk anda. Nama bersih,duit lebihan pun masih ada lagi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau WhatsApp kami di 0133669029.

Terima kasih

Sunday, February 4, 2018

Emas Disebut Dalam Quran


Assalamualaikum dan Salam sejahtera


EMAS atau GOLD sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi iaitu sekitar 3000 - 4000 tahun sebelum masihi sampailah ke hari ini. Nilai emas tidak sesekali akan pudar, malah makin bertambah bernilai jika dijadikan perhiasan dan simbol kekayaan peribadi.

Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas (dinar dan dirham) dalam jual beli. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini. Emas tidak akan jatuh nilainya kerana EMAS tetap EMAS. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas.

Jika ditanya, mengapa pula kita nak kena simpan emas & perak tu pada zaman sekarang? Saya bukan nak tunjuk pandai atau hebat, tetapi saranan tersebut terang-terangan dah ada dalam hadis yang disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kita menyimpan emas & perak. Hadis tersebut berbunyi begini ;

"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." - (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).

Hadis tersebut telah terbukti betul-betul berlaku pada hari ini kerana antara sedar atau tidak, jual beli menggunakan dinar emas telah dipadamkan oleh 'si mata satu' sejak dari kejatuhan kerajaan Uthmaniyah lagi. Tengok sahaja nilai ringgit kita pada masa sekarang, sara hidup rakyat makin parah disebabkan kenaikan mendadak dan turun naik harga barang dan komoditi, kesan tersebut meyebabkan nilai mata wang setiap negara tidak sama rata dan ada negara yang hampir muflis. Sebabnya senang, negara tersebut terlalu banyak hutang dengan Bank Dunia sehingga menyebabkan WANG kertas sendiri tiada nilai, malah makin jatuh berbanding dollar.
Ahli politik pula saling bertelagah dan tunding jari sesama sendiri. Politik? saya tidak mahu ulas panjang, cukup sekadar anda nilai sendiri dengan membaca surat khabar dan ikuti perkembangan semasa baik dari internet atau televisyen.

Namun dalam artikel ini saya akan bercerita tentang EMAS sahaja. Antara sedar atau tidak, terdapat banyak ayat-ayat dalam Al Quran yang menceritakan tentang EMAS. Berikut merupakan antara ayat-ayat berkaitan dengan emas yang disebut di dalam Qalamullah tersebut untuk panduan kita semua, antaranya adalah;

Ali ‘Imran, ayat 14
Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)

Ali ‘Imran(3), ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong.

Al-A’raaf(7), ayat 148
Dan kaum Musa, setelah bepergian (Musa ke gunung Sinai) mereka membuat patung anak sapi yang bertubuh dan melenguh (bersuara) dari perhiasan (EMAS). Apakah mereka tidak mengetahui bahwa (patung) anak sapi itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan). Mereka adalah orang-orang yang zalim.

At-Taubah(9), ayat 34
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih

At-Taubah(9), ayat 35
pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan.

Al-Israa’(17), ayat 93
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul

Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)

Faathir(35), ayat 33
(Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.

Az-Zukhruf(43), ayat 35
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

(QS. 43:35)
Az-Zukhruf(43), ayat 53
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)

Az-Zukhruf(43), ayat 71
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)

Al-Waaqi’ah(56), ayat 15
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata.

Kesimpulannya, EMAS amat penting pada zaman sekarang untuk dijadikan simpanan tetap atau pelaburan setiap bulan. Sekarang di Malaysia ramai peniaga Melayu ISLAM yang terlibat dengan jual beli /pajak gadai emas termasuk penubuhan Ar Rahnu bercirikan ISLAMIC di setiap negeri. Ini memang BAGUS...

Saya masih ingat pada zaman kanak-kanak, setiap kali ke bandar Jerteh saya tengok banyak pajak gadai milik orang bukan Islam. Lebih pelik ramai orang Melayu yang pajak emas di situ padahal sistem di situ tidak berunsurkan islamic. Rupa-rupanya pada masa itu orang kita tiada pilihan, jual beli emas hampir 90% dikuasai oleh orang bukan Islam. Tetapi situasi sekarang dah banyak berubah, ada pelbagai Ar Rahnu berkonsepkan Islamic di negara kita antaranya Ar Rahnu Bank Islam, Ar Rahnu Bank Rakyat, Ar Rahnu Pos dan sebagainya.

Akhir kata, suka saya nasihatkan kepada semua dan diri sendiri supaya buatlah simpanan emas. Cara saya adalah..dapat je gaji setiap bulan terus bahagi 5, sebahagian besar melabur, sebahagian lagi bayar hutang /bil- bil utiliti, sebahagian simpan (untuk kecemasan), sebahagian beli emas dan sebahagian lagi bersedekah/ zakat/ bagi dekat mak ayah. Paling tidak sekurang-kurangnya simpan 1 gram emas pada setiap 1 bulan... insyaAllah pasti berguna suatu masa nanti.

Sekian sahaja dari saya. Terima kasih
* Jika ada sebarang pembetulan atau kesalahan ayat quran atau hadis di atas saya mohon maaf dan sila maklumkan untuk diubah sebagai rujukan generasi yang mendatang.

Beli Emas Paling Tinggi

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Kami Pembeli EMAS Terpakai & Surat Pajak GADAI Dengan HARGA TINGGI !!!

Saya Membeli Semua Jenis EMAS seperti :
* Emas Baru * Emas Lama *
* Emas Patah / Rosak *
* GOLDBAR * PUMPSUISSE *
* 999.9 * 99.9 * 950 * 22K * 916 *
* 835B.P * PAUN * 750/18k * 585M.C *
* EMAS PUTIH/18K * SUASA *

ANDA MAHU JUAL EMAS ATAU SURAT PAJAK !!!
CALL KAMI DI TALIAN INI :+6013 366 9029
Whatsapp / SMS

SAYA JUGA MEMBELI SURAT PAJAK GADAI SERTA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TEBUS SURAT PAJAK SEPERTI :
* Kedai pajak cina * Ar-Rahnu bank rakyat * Ar-rahnuYapeim *
* Agrobank * Ar-Rhan
* Ar-Rahnu Ex-chain * Bank muamalat *

KAMI SEDIA KE TEMPAT ANDA !!!

Kuala Lumpur,Selangor
Seremban Negeri Sembilan,Melaka,Johor
Pahang,Terengganu,Kelantan
Perak,Pulau Penang,Kedah,Perlis

JANGAN BIARKAN TEMPOH SURAT PAJAK ANDA TAMAT BEGITU SAHAJA ??
KERANA MASIH ADA BAKI UNTUK ANDA !!!

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi atau Whatsapp saya di :
+60133669029


Macam Mana Nak Tahu Harga Emas Semasa

Assalamualaikum semua, Ramai yang pasti tertanya-tanya berapa harga emas semasa dan dimana untuk rujuk harga emas tersebut secara online? ...