Ramai yang pasti tertanya-tanya berapa harga emas semasa dan dimana untuk rujuk harga emas tersebut secara online? Sebagai pengguna, adalah penting untuk kita ketahui harga emas yang terkini agar tidak ditipu peniaga emas yang tidak jujur yang ingin mengaut keuntungan semata-mata.
Ada pelbagai laman web yang memaparkan graf harga emas yang boleh dijadikan rujukan anda sebelum membuat sebarang urusniaga emas. Ingat!! jika kita tidak tahu harga emas semasa, kemungkinan besar kita boleh ditipu oleh penjual atau pembeli surat pajak di luar sana. Jadi berhati-hatiah.
Laman web yang selalu saya buat rujukan adalah goldprice.org kerana di situ kita boleh lihat secara terperinci mengenai trend emas yang berlaku di seluruh dunia termasuk matawang cripto dan juga berita terkini tentang emas. Kita juga boleh melihat trend emas mengikut negara masing-masing, hanya pilih negara. klik pautan link di footer bawah dan terus dapat lihat secara live.
![]() |
Sumber daripada goldprice.org yang diambil pada 10 Sept 2019 |
Sungguh mudah dan semoga bermanfaat untuk semua.
Terima kasih